Bismillah
Bagi aku perempuan yang kuat itu
Seorang perempuan yang mampu hidup berdikari,
bukan yang selalu bergantung harap dengan yang lain
Seorang yang bila hatinya menangis,
tetapi yang dizahirkannya hanyalah senyuman ikhlas,
bukan yang mahu menangisi takdir sehinnga lebam bawah mata
Seorang yang apabila terasa denga kata-kata rakan
dia diam,menundukkan pandangan,membiarkan mulut menyebut kalimah suci Allah
bukannya mencari gaduh dan menyebut kata-kata cacian dan makian
Seorang yang bila hati kecilnya dilukai,ditimpah musibah
dia mencari Kitab Al-quran dan sejadah sebagai penenang
bukan terhegeh-hegeh mencari kawan,mahu meluahkan rasa kecewa
Seorang yang mampu menjaga ikhtilat,
tidak meremehkan apa yang haram sekalipun dalam keadaan sulit
dia tidak mencari ’teman rapat’ lelaki yang kuat
apabila memerluhkan bantuan
Seorang yang masih mampu ikhlas menasihati orang lain
walaupun diri masih dibebani masalah
bukan seorang yang meratapi apa yang sakit
yang merendam diri dalam kesedihan tanpa mencari ikhtiyar
Dan dia perempuan yang yakin bahawa pertolongan Allah itulah yang dicari
dia tidak perlu telinga manusia untuk mendengar rintihannya,
dia tidak meminta mulut manusia untuk menenangkannya(saat sedih)
dia tidak memerlukan simpati manusia yang belum tentu ikhlasnya
dia tidak mahu cinta manusia lebih dari cinta Tuhannya
dia tidak mengharapkan manusia lain
Kerana dia tahu dan dia amat yakin Allah itu sentiasa dan akan selamanya berada disisinya.
Dan sesungguhnya perempuan itu bukanlah si penulis yang mencoretkan kata-kata itu.Lemah juga bila memikirkan diri tidak mampu beristiqomah dalam membuat perkara-perkara yang kelihatan simple(tapi penting) sebegini.Benarlah,memegang gelaran muslimah itu bukan mudah,apatahlagi mahu menjunjung tittle solehah.Ikhtiyar dan tawakal itu tidak boleh dipisah.Cuma jangan berputus asa.Jangan sesekali.
No comments:
Post a Comment