16.11.12

SAVE GAZA

Abu Bakr RA tidak lama menangis kala kewafatan Rasulullah SAW. Tidak lama selepas dia menatap jasad baginda yang tidak bernyawa,dia sudah keluar menenangkan Umar Al-Khattab RA dan orang ramai.
Begitulah kita dengan keadaan ummat Islam di Gaza, Syria, Rohingya dan lain-lain. Kita tidak lama menangisi tragedi, tetapi kita bergerak melancarkan kerja-kerja kita untuk membuatkan Islam kembali menyinar di bumi kita.
Masalah kita adalah kerana kita jauh daripada Allah. Maka Gaza, Syria, Rohingya adalah teguran Allah kepada ummat yang masih lena dan terikat dengan keingkaran kepadaNya. Dan manusia-manusia yang bergerak menyelesaikan masalah ini adalah yang sedang membantu saudara-saudara kita yang sedang dianiaya